Apakah kepentingan pemeliharaan kesihatan dalam TCM?
Pada masa kini, ramai orang muda dalam masyarakat kita mengalami siri gejala sub-kesihatan seperti keletihan, kelemahan, dan perubahan emosi akibat dari tekanan hidup, gaya hidup yang tidak sihat dan teratur, ia boleh menjejaskan kualiti hidup kita. Oleh itu, pemeliharaan kesihatan bukan sahaja hal untuk orang tua, tetapi juga penting untuk golongan muda.
Menurut klasik perubatan tradisional Cina yang bernama ‘Huang Di Nei Jing’, tahap pemeliharaan kesihatan yang tertinggi adalah untuk mencegah penyakit sebelum terjadi. TCM menyokong untuk mencegah sebelum sakit, mencegah perubahan penyakit dan mencegah perubahan penularan sekiranya berlaku penyakit.
Pemeliharaan kesihatan dalam TCM adalah untuk mendamaikan Yin dan Yang, melancarkan pengaliran Qi (tenaga) dan Darah, untuk mencapai keseimbangan Yin dan Yang dan Qi dan Darah yang mencukupi untuk mengekalkan kesihatan tubuh manusia, apakah terapi pemeliharaan kesihatan yang ada?
Apakah terapi pemeliharaan kesihatan yang ada?
Akupunktur: Terapi akupunktur adalah kaedah rawatan yang merangsang titik akupuntur melalui akupuntur dan moksibasi di bawah bimbingan teori Perubatan Tradisional Cina untuk mencapai kesan mencegah dan merawat penyakit. Ia mempunyai fungsi untuk mengawal ‘meridian’, harmonikan Yin-Yang dan menguatkan ketahanan badan untuk menghapuskan ‘evil-Qi’ (Qi yang menyebabkan kesakitan).
Ji Yang Moxibustion: Moksibusi merujuk kepada pengunaan herba moxa yang dinyalakan, menyetrika pada titik akupunktur untuk mencapai tujuan pencegahan dan pengobatan penyakit melalui rangsangan sifat pemanasannya dan aksi herba TCM. Ji Yang Moxibustion (Fuyang moksibusi tembusan) adalah sejenis moksibusi yang menggunakan haba tulen dan efek farmakologi api moxa untuk merangsang badan dengan kehangatan dan mengimbangkan Yin dan Yang organ dalaman melalui pengaliran meridian. Ia mempunyai efek untuk menggerakkan Qi dan darah, menghilangkan kesejukan dan kelembapan, mengurangkan bengkak dan menghilangkan simpulan.
Granula TCM: Kebanyakan perubatan Cina diperbuat daripada putik bunga, biji, buah, batang, daun dan akar tumbuhan, efek perubatannya berbagai, termasuk efek mengawal Qi, pemanasan, laxatif dan lain-lain. Menurut sindrom yang berbeza, pengamal perubatan Cina memilih herba TCM yang sesuai dan menggabungkannya mengikut prinsip pengkompaunan untuk membentuk preskripsi perubatan Cina. Granula TCM tidak perlu direbus, ia ada kelebihan pelarutan segera, penambahan dan penolakan mengikut penyakit, mudah dibawa, dan mempunyai kesan kuratif yang sama seperti herba TCM tradisional yang direbus.
Bekam: Kaedah bekam juga dikenali sebagai bekam api, menerapkan bekam pada bahagian yang sepadan mengikut keadaan pesakit untuk mencapai efek menggerakkan Qi (tenaga) dan mengaktifkan darah, melegakan kesakitan, mengurangkan haba dan kelembapan. Bekam aerobik adalah teknologi bekam baharu yang menghubungkan tekanan negatif yang berirama, infusi ion negatif dan getaran frekuensi tinggi dalam satu, ia mempunyai fungsi untuk beristirahatkan badan untuk memperbaiki keadaan sub-kesihatan.
Tui Na: Tui Na ialah aplikasi teknik seperti menolak, menekan, menggosok, menguli, mencubit dan menepuk pada kawasan ketidakselesaan atau titik akupunktur pesakit untuk mencapai kesan membuka sekatan ‘meridian’, menggerakkan Qi, mengaktifkan darah dan mengharmoniskan Yin dan Yang. Tui Na pediatrik adalah kaedah pemeliharaan kesihatan untuk kanak-kanak dengan menggunakan teknik urutan pada kanak-kanak untuk merangsang titik akupunktur dan meridian untuk mengawal keseimbangan Yin dan Yang organ dalaman.
Gua Sha: Gua Sha adalah terapi yang menggunakan alat (seperti tanduk kerbau, bekam api) untuk mengikis pada bahagian yang berkaitan, meridian atau titik akupunktur. Ia dapat meningkatkan mikrosirkulasi lokal, melancarkan meridian, melegakan keletihan dan meningkatkan fungsi imunisasi untuk mencapai tujuan menguatkan badan dan menghapuskan patogen, mencegah dan menyembuhkan penyakit. Bo Jin merupakan terapi mengikis pada bahagian tertentu dengan Bo-jin ‘stick’, ia mempunyai efek meningkatkan pengedaran Qi dan darah lokal dan metabolisme. Facial Bo Jin dapat mencerahkan kulit, mengecilkan pori-pori, melawan kedutan, dan menegangkan kulit dengan melancarkan meridian pada muka.
Terapi gelombang akustik (AWT): Terapi gelombang akustik adalah sejenis peralatan perubatan yang baharu, tenaga gelombang bunyi yang dipancarkan dapat membantu dalam proses pembaikan tulang, tendon dan tisu lembut, ia mampu mempercepatkan dan menyembuhkan pelbagai kesakitan akut dan kronik.
Comentaris