top of page

Bekam Aerobik

Updated: Apr 30


Apakah itu bekam aerobik?

Bekam aerobik adalah teknologi bekam baharu yang mengabungkan tekanan negatif yang berirama, infusi ion negatif dan getaran frequensi tinggi dalam satu, ia mempunyai fungsi untuk beristirahatkan badan.


Apakah manfaat bekam aerobik?

  • Membuka sekatan ‘meridian’: Tekanan negatif yang berirama bekam aerobik dapat mencapai kedalaman 3 cm di bawah kulit, ia boleh mengurut untuk mengendurkan otot, membuka sekatan ‘meridian’ dan mengeluarkan haba lembap pada masa yang sama.

  • Mengaktifkan darah: Getaran frequensi tinggi yang mencapai 7200 kali seminit boleh membuka pori-pori kulit untuk mempercepatkan penyerapan ion negatif dan esen herba, ini dapat mencapai tujuan untuk mengaktifkan darah dan menghilangkan stasis.

  • Meningkatkan imuniti: Infusi ion negatif boleh meningkatkan fungsi pembaikan kulit, mempromosikan metabolisme dan mengawal sistem saraf, ia dapat meningkatkan imuniti badan.

  • Memanaskan dan menghilangkan kesejukan: Penerobosan inframerah mempunyai fungsi pensterilan dan anti-radang, membolehkan ion negatif dan esen herba untuk meresap ke dalam kulit untuk memperbaiki penyakit badan.


Bagaimanakah bekam aerobik membantu dalam sindrom pasca COVID-19?

Sindrom pasca COVID-19 adalah siri masalah kesihatan baharu, berulang atau berterusan yang dialami oleh orang ramai selepas dijangkiti COVID-19. Pesakit yang mengalami simptom pasca COVID-19 sering mengalami simptom yang serupa dengan Sindrom Kelelahan Kronik (CFS) seperti keletihan yang berterusan, sakit otot, kemurungan dan insomnia. Bekam aerobik dapat membantu untuk memperbaiki simptom ini, dan melengkapkan dengan baik dengan akupunktur dan herba TCM.



Comentários


bottom of page