Apakah itu terapi Akupuntur?
#Terapi Akupuntur adalah kaedah rawatan yang merangsang titik akupuntur melalui akupuntur dan moksibasi di bawah bimbingan teori Perubatan Tradisional Cina untuk mencapai kesan mencegah dan merawat penyakit. Terapi akupuntur boleh merawat pelbagai penyakit, ia mempunyai kesan ketara dalam meningkatkan daya tahan terhadap penyakit, sedasi dan menyembuhkan kesakitan.
Bagaimanakah Akupuntur berfungsi?
· Mengawal “meridian”: Menurut teori perubatan tradisional Cina, “meridian” merupakan saluran yang menjalankan “Qi”(perjalanan tenaga) dan Darah, menghubungkan visera dan seluruh badan. Apabila “meridian” disekat, “Qi” dan darah tidak dapat berjalan dengan lancar, akibatnya menyebabkan simptom seperti kebas dan kesakitan. Akupuntur berfungsi untuk membuka sekatan untuk mencapai tujuan melegakan kesakitan.
· Harmonikan Yin-Yang: Dari perspektif perubatan tradisional Cina, keseimbangan Yin dan Yang adalah kunci untuk mencapai dan mengekalkan kesihatan. Kejadian penyakit sering dikaitkan dengan ketidakseimbangan Yin dan Yang, akupuntur dapat mencapai tujuan rawatan melalui harmonikan Yin-Yang.
· Menguatkan Ketahanan Badan dan menghapuskan “evil-Qi”: Perubatan tradisional Cina percaya bahawa kejadian dan perkembangan penyakit adalah proses pertarungan antara Qi yang sihat dan “evil-Qi”(Qi yang menyebabkan kesakitan). Akupunktur boleh membimbing perkembangan penyakit ke arah pemulihan dengan menguatkan Qi yang sihat dan menghapuskan “evil-Qi”.
Bagaimanakah terapi Akupuntur membantu dalam sindrom pasca COVID-19?
Encik.C, berumur 46 tahun, telah didiagnosis dengan sindrom pasca COVID-19 pada 28 September 2020. Manifestasi klinikal adalah batuk berselang-seli yang berterusan, sakit kepala, kesemutan jari, sakit sendi, kebimbangan dan kurang tidur. Selepas mengambil medikasi, tidurnya bertambah baik. Namun, pada 2 Februari 2021, Encik.C mengalami sakit di jari dan sendi, sakit kepala, batuk, keresahan dan simptom "brain fog" yang ringan. Pada 2 Februari 2021 hingga 26 Jun 2021, Encik.C menerima rawatan akupunktur daripada pasukan akupunktur.
Selepas rawatan akupunktur, Encik.C kembali ke klinik pada 8 November 2021. Encik.C merasakan bahawa "brain fog" beliau telah bertambah baik, sakit sendi dan kesemutan telah berkurangan, dan simptom sakit kepala dan keletihannya juga bertambah baik, dia juga dapat kembali ke kehidupan biasa.
Comments